SELAMAT DATANG KE BLOG NILAM SMK SERI TANJONG. NILAM KE ARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21
 
Muhammad Hasif Bin Muhammad Jailani
Ikon NILAM SMK SERI TANJONG MELAKA
Beliau merupakan anak jati melaka
Beliau dilahirkan pada 2/3/1995
     Saudara hasif telah menceburi bidang penulisan pada usia muda iaitu usia 14 tahun.. karya yang pertama beliau hasilkan ialah Bagaikan Mimpi... setelah mendapat sambutan hangat daripada para pembaca.. Beliau telah menulis beberapa buah buku, antaranya ialah Bagaikan Mimpi (Srikandi Cintaku), buku tersebut merupakan sambungan kepada buku tribute Bagaikan Mimpi...
Buku yang terbaru hasil karya beliau ialah novel Kopi Manis yang telah berada di pasaran pada April 2012.
Beliau juga telah menghasilkan 2 buah puisi yang telah dimuatkan didalam  Antologi Puisi Muara Pahlawan. Buku tersebut mendapat kerjasama daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka/ Institut Seni Malaysia Melaka. Saudara Hasif telah membawa nama Pusat Sumber SMK SERI TANJONG apabila dinobatkan sebagai Tokoh Nilam negeri Melaka 2011 dan menyertai Pertandingan Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan Pada 26 hinga 29 April 2012 di PWTC Kuala Lumpur

Buku pertama hasil karya saudara Hasif yang bertajuk Bagaikan Mimpi
Buku kedua karya saudara Hasif iaitu Bagaikan Mimpi (Srikandi Cintaku)
buku ini sambungan tribute Bagaikan Mimpi


buku terbaru keluaran beliau
Kopi Manis


buku puisi yang diterbitkan oleh DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)

FORUM

Buku Pelawat

NILAM SMK SERI TANJONG