SELAMAT DATANG KE BLOG NILAM SMK SERI TANJONG. NILAM KE ARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21
PENGENALAN

           Pusat Sumber Sekolah merupakan sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan secara sistematik. PSS SMK Seri Tanjong berusaha menyediakan maklumat dan perkhidmatan serta peluang bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penubuhannya adalah bertujuan ke arah pembentukan masyarakat sekolah yang berbudaya maju, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat Sumber SMKST telah dibina secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan dan keperluan sekolah. Ia juga dibina  atas kesedaran bahawa perlunya sebuah tempat untuk pelajar dan guru mendapat pelbagai kemudahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Pada asalnya PSS SMKST hanya terdiri daripada perpustakaan, bilik tayang dan bilik BBM. Seterusnya ditambah pula dengan Studio Seri, Bilik SAL/PAK dan Bilik Warisan. Perkembangannya bertambah pesat semenjak tahun 2006. Beberapa unit PSS telah diwujudkan  iaitu Maktabah Darul Hikmah, Bilik Zaaba, Galeri Seni, Bilik Wawasan, Anjung Lestari, Bilik Aspirasi PSK, Bilik Warisan Seri, Bilik BUMI,  Bilik Profesional Rahman Mat, Bilik PPSMI, Bilik Media Pembelajaran Intergrasi dan Bilik Bitara Hj Ismail Saleh. Pusat Sumber SMK Seri Tanjong juga menyediakan ruang  P & P terbuka. Oleh itu pihak sekolah telah mewujudkan Edu Café dan Dataran Seri NILAM.
Perkembangan dan ledakan ICT yang berlaku di seluruh dunia juga telah mendorong pihak sekolah memperkasakan  projek ICT. Makmal Siber Seri 3 merupakan nadi ICT sekolah. Makmal ini dibiayai sepenuhnya oleh  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Tanjong. Projek ini bermula pada tahun 2000 dan kekal dengan beberapa penambahbaikan sehingga kini.  Penggunaan internet dengan dua talian iaitu schoolnet dan streamyx telah membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan juga wireless telah meliputi hampir 65% kawasan sekolah. Makmal Siber Seri 1, 2, 4 dan 5 juga telah diwujudkan bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan penggunaan ICT di sekolah ini.
Selain daripada bilik-bilik khas persekitaran sekolah juga merupakan sumber informasi kepada warga sekolah. Pondok-pondok bacaan, Anjung Seri dan Hentian Ilmu juga disediakan untuk pelajar dan guru membaca sambil bersantai. Papan-papan kenyataan berilmu juga diwujudkan di sekitar kawasan sekolah terutama tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pelajar seperti di Edu Café, Bilik Kaunseling, Laluan-laluan Ilmu, Makmal Sains, Bilik Pendidikan Khas dan persekitaran sekolah. Ini menunjukkan bahawa Pusat Sumber SMK Seri Tanjong berada di mana-mana di persekitaran sekolah  dan pelajar serta guru boleh menggunakannya  untuk menimba ilmu dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau informal

VISI

Mewujudkan warga Seri Tanjong yang berilmu dengan sahsiah yang seimbang, berfikiran kreatif dan inovatif melalui sikap suka membaca dan meneroka sumber informasi menjelang tahun 2010.


MATLAMAT PUSAT SUMBER

v  Mempertingkatkan mutu pendidikan sekolah

v  Membentuk satu profesion perguruan yang positif

v  Membentuk pelajar yang berilmu
             

MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

v  Melengkapkan PSS dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi

v  Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti

v  Mengintegrasikan PSS dengan media berteknologi tinggi

v  Insan yang berinformasi

v  Mencanai minda yang bestari

v  Membentuk warga Seri yang berkualiti


OBJEKTIF PUSAT SUMBER

v  Mewujudkan kemerlangan pendidikan di SMKST

v  Menggalakkan  penggunaan kemudahan PSS

v  Pemupukan tabiat belajar pelajar SMKST

v  Penghasilan bahan untuk P & P

v  Memperolehi kemahiran maklumat di kalangan warga Seri Tanjong

 

FORUM

Buku Pelawat

NILAM SMK SERI TANJONG