SELAMAT DATANG KE BLOG NILAM SMK SERI TANJONG. NILAM KE ARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21
  1. ANUGERAH NILAM

  2. Anugerah NILAM adalah bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid yang telah berjaya menjalankan Program NILAM dengan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

  3. Program NILAM merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu di kalangan rakyat Malaysia. Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 telah memaklumkan keputusan Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan Program Membina Tabiat Membaca secara terancang dan berterusan di sekolah-sekolah yang dikenali sebagai Program NILAM. Untuk meningkatkan impak Program NILAM, sistem ganjaran dan penghargaan di peringkat sekolah, daerah, bahagian dan negeri perlu diadakan.

  4.  Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan majlis ini pada setiap tahun sejak tahun 2003. Pengiktirafan ini berdasarkan kriteria pembacaan yang terancang. Pengiktirafan berdasarkan kriteria pembacaan yang berkualiti merupakan suatu usaha “bench-marking” untuk menentukan kemahiran yang perlu ada pada pembaca bestari.
PERTANDINGAN TOKOH NILAM NEGERI MELAKA TAHUN 2014






FORUM

Buku Pelawat

NILAM SMK SERI TANJONG